Sunday, October 28, 2012

Halia Untuk Hilangkan Mabuk Laut Atau Kenderaan

Setiap orang mempunyai daya tahan yang sendiri apabila menaiki kenderaan saman ada kereta atau kenderaan di laut seperti kapal dan bot.

Ada yang dapat bertahan dan ada yang tidak. Halia boleh digunakan untuk menghilangkan rasa mabuk ini. Sama ada dapatkan halia jeruk atau gula-gula yang mengandungi halia untuk mengurangkan rasa mabuk.

Gambar dibawah adalah kunyit, lengkuas dan halia.

Dari kiri atas, kunyit, lengkuas dan bawah adalah halia.

Monday, September 10, 2012

Membuat Pengering Kelembapan Anda Sendiri

Membuat Pengering Kelembapan Anda Sendiri

Bagi anda yang sering membeli vitamin atau ubatan yang disimpan dalam botol tentu akan menjumpai satu bungkusan kertas kecil bertulis "Do Not Eat" atau jangan makan. Bungkusan kertas kecil ini adalah "Moisture Adsorbent" atau penyerap kelembapan dalam botol ubat atau vitamin. Ia biasanya diperbuat daripada Silica Gel.

Bungkusan kertas kecil Silica Gel ini boleh dikumpulkan dan disimpan dalam bekas bersesuaian yang mempunyai lubang kecil laluan udara. Anda telah membuat pengering kelembapan anda sendiri yang boleh digunakan dalam tempat simpanan kasut dan almari pakaian untuk mengurangkan kesan kelembapan. Kelembapan yang tinggi dalam tempat-tempat tersebut akan meningkatkan perkembangan kulat dan ini akan menimbulkan bau yang tidak menyenangkan. Dengan menggunakan bekas pengumpulan Silica Gel ia dapat mengurangkan kelembapan dalam tempat simpanan kasut dan almari pakaian.

Silica Gel dalam bungkusan kertas putih sebelum dimasukkan dalam bekas simpanan yang berongga.


Pastikan bungkusan kertas kecil Silica Gel yang dikumpulkan dalam keadaan elok, tidak koyak dan bersih. Jangan gunakan ia bersama makanan yang terdedah atau tempat simpanan makanan. Jangan gunakan butir-butir Silica Gel yang tidak disimpan bungkusan kertasnya.

Simpan seberapa banyak yang boleh dalam bekas simpanan yang digunakan. Gambar dilampirkan adalah gambar Silica Gel yang dikumpulkan dalam bekas lama pengering. Anda juga boleh menggunakan bekas plasik yang telah ditebuk dengan lubang-lubang kecil untuk aliran udara. Dicadangkan dikumpulkan sepuluh atau lebih dalam bekas yang digunakan.

Lagi petua di http://petua.noorjannah.com/

Sidang Pengarang Tipswanita.com dan Noorjannah.com

10 Sep 2012

Hakcipta Terpelihara ....

Wednesday, March 21, 2012

Hampas Serbuk Kopi Sebagai Baja Organik Tanaman Anda

Serbuk kopi yang telah digunakan boleh digunakan sebagai baja organik untuk kebun anda. Ia disukai oleh cacing sebagai makanannya dan tanah yang dicampurkan dengan serbuk kopi yang telah mereput akan lebih terurai dan mudah untuk air mengalir.

Serbuk kopi ini mudah didapati di kedai-kedai kopi. Sebagai contoh, di Malaysia anda boleh minta serbuk kopi yang telah digunakan di kedai-kedai Starbuck. Anda perlu tanya kepada pekerja dan dapatkan ia secara percuma.

Anda hanya perlu taburkan sekeliling tanaman anda dan sebaiknya serbuk kopi ini dicampurkan dengan tanah dalam nisbah satu bahagian tanah dan dua bahagian serbuk kopi yang telah digunakan. Ia bertujuan untuk mempercepatkan proses mereput dan menjadikan ia baja organik kepada tanaman anda.

Bagi anda yang mahu menggunakan baja organik daripada tahi kambing dan ayam, mencampurkan baja organik ini dengan serbuk kopi dapat membuang bau yang tidak menyenangkan kerana serbuk kopi dapat menyerap bau tersebut.

Serbuk kopi terpakai daripada kedai kopi Starbuck

Tuesday, March 6, 2012

Petua Untuk Menyuburkan Tanah

Cacing tanah sebelum dilepaskan ke tanah kebun

Tanah yang subur amat penting bagi pembiakan tanam-tanaman. Tanah perlu sentiasa digembur dan dibaja agar sentiasa berkhasiat dan sesuai untuk tanaman. Baja yang baik adalah baja organik. Salah satu cara untuk menyuburkan tanah tanpa modal yang banyak adalah dengan menggunakan cacing tanah.  Sama ada kebun yang luas atau hanya tanah di perkarangan rumah, cacing tanah masih tetap diperlukan.

Pergerakan cacing tanah tersebut dalam tanah berfungsi untuk menggemburkan tanah. Ini akan membolehkan pengudaraan pada tanah tmenjadi baik dan pengaliran air lebih lancar. Anda mempunyai tukang cangkul yang bekerja dari dalam tanah itu sendiri dalam menggemburkan tanaman.

Tanah yang dicerna oleh cacing tanah juga mempunyai khasiat yang lebih baik untuk tanaman. Cacing tanah membantu dalam membaja tanaman dengan baja organik secara terusan kepada tanaman.

Cacing tanah di Malaysia boleh didapati dan dibeli dengan mudah di kedai jualan ikan pelihara atau kedai peralatan memancing. Pastikan cacing tanah yang dibeli masih hidup dengan memerhatikan pergerakan ia.

Sunday, December 26, 2010

Melepaskan Zip Seluar Atau Baju Tersangkut

Sekiranya anda menghadapi masalah melepaskan zip seluar atau baju yang tersangkut, gunakan lilin untuk melicinkan semula pergerakan zip ini. Gosongkan batang lilin pada gigi zip atas ke bawah dan kedua-dua belah dan ia dapat melicinkan semula pergerakan zip.

Petua lain

http://petua.noorjannah.com/2010/12/untuk-menghalau-semut-cicak-dan-lipas.html

Sunday, December 12, 2010

Untuk Menghalau Semut Cicak dan Lipas Gunakan Pekatan Herba Serai Wangi (Lemon Grass)

Untuk Menghalau Semut Cicak dan Lipas Gunakan Pekatan Herba Serai Wangi (Lemon Grass)


Pekatan Herba Serai Wangi (Lemon Grass) Untuk Menghalau Semut Cicak dan Lipas

Kami telah menggunakan pekatan herba serai wangi untuk seminggu dan mendapati ia berkesan untuk menghalau semut, cicak dan lipas. Produk yang kami gunakan adalah pekatan herba serai wangi keluaran Afy Haniff dan kami yakin, lain-lain keluaran pekatan serai wangi mempunyai kesan yang sama. Penerangan produk turut menyatakan ia boleh menghalau tikus dan anai-anai. Buat masa ini kami tidak menghadapi masalah demikian.

Produk ini telah dibancuh dengan air dalam bekas semburan dengan kadar yang telah dicadangkan. Ia kemudian telah disembur ditempat yang menjadi tumpuan semut dan lipas. Untuk masalah dengan semut, kami mendapati semut telah keluar daripada sarangnya dan lari ke tempat lain. Begitu juga lipas, semburan yang dilakukan dalam bekas sampah luar rumah, membuat lipas berlari keluar. Sememangnya ia berkesan untuk menghalau semut dan lipas.

Bagi cicak pula, semburan kami lakukan pada sudut-sudut siling dan jangkaan laluan cicak. Cicak didapati tidak lagi ada di bahagian siling yang telah disembur dengan pekatan herba serai wangi.

Penggunaan herba serai wangi berkesan bagi kami, ia mungkin berkesan kepada anda.

Gambar pekatan herba serai wangi Afy Haniff


Easy To Make At Home Insect/Bug Repellent!

Friday, January 23, 2009

Petua Hilangkan Bau Dalam Peti Ais

Petua Hilangkan Bau Dalam Peti Ais

Sekiranya peti ais anda berbau busuk dan bau yang tidak menyenangkan, arang yang diletakkan dalam peti air mampu menghilangkannya. Dapatkan arang, tidak perlu banyak. Letakkan dalam mana-mana ruang peti air anda.

Sekarang terdapat arang untuk digunakan dalam peti ais dibuat daripada arang buluh. Ia mampu menghilangkan bau peti ais dan bertahan sehingga 6 bulan.