Showing posts with label Petua Dapur. Show all posts
Showing posts with label Petua Dapur. Show all posts

Sunday, December 12, 2010

Untuk Menghalau Semut Cicak dan Lipas Gunakan Pekatan Herba Serai Wangi (Lemon Grass)

Untuk Menghalau Semut Cicak dan Lipas Gunakan Pekatan Herba Serai Wangi (Lemon Grass)


Pekatan Herba Serai Wangi (Lemon Grass) Untuk Menghalau Semut Cicak dan Lipas

Kami telah menggunakan pekatan herba serai wangi untuk seminggu dan mendapati ia berkesan untuk menghalau semut, cicak dan lipas. Produk yang kami gunakan adalah pekatan herba serai wangi keluaran Afy Haniff dan kami yakin, lain-lain keluaran pekatan serai wangi mempunyai kesan yang sama. Penerangan produk turut menyatakan ia boleh menghalau tikus dan anai-anai. Buat masa ini kami tidak menghadapi masalah demikian.

Produk ini telah dibancuh dengan air dalam bekas semburan dengan kadar yang telah dicadangkan. Ia kemudian telah disembur ditempat yang menjadi tumpuan semut dan lipas. Untuk masalah dengan semut, kami mendapati semut telah keluar daripada sarangnya dan lari ke tempat lain. Begitu juga lipas, semburan yang dilakukan dalam bekas sampah luar rumah, membuat lipas berlari keluar. Sememangnya ia berkesan untuk menghalau semut dan lipas.

Bagi cicak pula, semburan kami lakukan pada sudut-sudut siling dan jangkaan laluan cicak. Cicak didapati tidak lagi ada di bahagian siling yang telah disembur dengan pekatan herba serai wangi.

Penggunaan herba serai wangi berkesan bagi kami, ia mungkin berkesan kepada anda.

Gambar pekatan herba serai wangi Afy Haniff


Easy To Make At Home Insect/Bug Repellent!

Wednesday, April 16, 2008

Petua Melembutkan Daging

Untuk melembutkan daging dengan cepat, petua berikut amat berguna. Caranya ialah rebuskan daging yang siap dicuci dengan satu sudu serbuk soda bikarbonat. Setelah daging lembut bolehlah dicuci dengan air bersih sebelum dimasak mengikut menu kegemaran. Selain itu juga, anda juga boleh merebus daging bersama daun nangka jika tiada soda bikarbonat.

Sunday, April 13, 2008

Petua Memasak Bubur Kacang Lagi Sedap

Bubur kacang sama ada kacang merah atau kacang hijau memang merupakan pencuci mulut yang menjadi kegemaran semua. Ia enak dimakan sama ada sejuk atau pun panas.

Untuk mendapatkan bubur kacang yang lebih enak, sebelum merebus kacang, elok digoreng tanpa minyak terlebih dahulu. Goreng sehingga agak garing sedikit dan berbau wangi. Matikan api. Selepas itu rendam dalam air lebih kurang 2 jam supaya ia cepat kembang dan lebih cepat masak nanti. Insya-Allah anda akan dapat bubur kacang yang lebih enak kerana bangkit bau wanginya, apatah lagi di tambah dengan durian sebagai perisa tambahan.


Petua Elakkan Mata Pedih Mengupas Bawang

Bila ada kenduri, masalah yang sering dihadapi adalah semasa mengupas bawang dalam kuantiti yang banya. Ini kerana semasa mengupas bawang mata akan menjadi pedih dan berair.

Untuk mengelak masalah ini, cuba rendam dulu bawang dalam bekas berisi air, anda boleh mengupas terus bawang yang direndam tadi di dalam air. Ada satu cara lagi, anda boleh simpan bawang yang hendak digunakan esok hari di dalam peti sejuk tanpa mengupas kulitnya. Keesokkan harinya anda boleh mengupas dan memotong bawang tersebut tanpa mata rasa pedih dan berair.

Petua Melembutkan Kek dan Donat

Jika salah membuat adunan, kek dan donat akan menjadi keras dan pastinya menghilangkan selera untuk memakannya. Bagi mengelak masalah ini, apa kata anda menjemur terlebih dahulu tepung gandum di bawah cahaya matahari. Hasilnya tekstur tepung menjadi lebih ringan dan boleh memjadikan adunan lembut.

Untuk donat pula selalunya menjadi agak keras dan untuk melembutkannya, campurkan dua atau tiga biji kentang yang telah direbus dan dilenyekkan terlebih dahulu ke dalam bancuhan berkenaan. Hasilnya donat akan menjadi lembut dan sedap walau pun telah sejuk.

Petua Mewangikan Peti Sejuk

Kita tentunya tidak dapat lari dari berhadapan dengan masalah peti sejuk yang menimbulkan bau yang tidak menyenangkan. Untuk mengatasi masalah ini, keluarkan semua barangan yang ada dalam peti sejuk dan lap semua bahagian. Apabila kering, letakkan sedikit esen vanilla ros atau beberapa helai daun pandan ke dalam peti sejuk. Tutup peti sejuk selama beberapa minit dan kemudian barulah dimasukkan semula bahan-bahan ke dalam peti sejuk.

Untuk mengelakkan bau itu dari berulang. Biarkan beberapa helai daun pandan di dalam peti sejuk. Selain itu, meletakkan arang kayu juga dapat mengatasi masalah ini. Ini kerana arang kayu berupaya menyerap bau yang kurang menyenangkan dalam peti sejuk.