Sunday, December 26, 2010

Melepaskan Zip Seluar Atau Baju Tersangkut

Sekiranya anda menghadapi masalah melepaskan zip seluar atau baju yang tersangkut, gunakan lilin untuk melicinkan semula pergerakan zip ini. Gosongkan batang lilin pada gigi zip atas ke bawah dan kedua-dua belah dan ia dapat melicinkan semula pergerakan zip.

Petua lain

http://petua.noorjannah.com/2010/12/untuk-menghalau-semut-cicak-dan-lipas.html

Sunday, December 12, 2010

Untuk Menghalau Semut Cicak dan Lipas Gunakan Pekatan Herba Serai Wangi (Lemon Grass)

Untuk Menghalau Semut Cicak dan Lipas Gunakan Pekatan Herba Serai Wangi (Lemon Grass)


Pekatan Herba Serai Wangi (Lemon Grass) Untuk Menghalau Semut Cicak dan Lipas

Kami telah menggunakan pekatan herba serai wangi untuk seminggu dan mendapati ia berkesan untuk menghalau semut, cicak dan lipas. Produk yang kami gunakan adalah pekatan herba serai wangi keluaran Afy Haniff dan kami yakin, lain-lain keluaran pekatan serai wangi mempunyai kesan yang sama. Penerangan produk turut menyatakan ia boleh menghalau tikus dan anai-anai. Buat masa ini kami tidak menghadapi masalah demikian.

Produk ini telah dibancuh dengan air dalam bekas semburan dengan kadar yang telah dicadangkan. Ia kemudian telah disembur ditempat yang menjadi tumpuan semut dan lipas. Untuk masalah dengan semut, kami mendapati semut telah keluar daripada sarangnya dan lari ke tempat lain. Begitu juga lipas, semburan yang dilakukan dalam bekas sampah luar rumah, membuat lipas berlari keluar. Sememangnya ia berkesan untuk menghalau semut dan lipas.

Bagi cicak pula, semburan kami lakukan pada sudut-sudut siling dan jangkaan laluan cicak. Cicak didapati tidak lagi ada di bahagian siling yang telah disembur dengan pekatan herba serai wangi.

Penggunaan herba serai wangi berkesan bagi kami, ia mungkin berkesan kepada anda.

Gambar pekatan herba serai wangi Afy Haniff


Easy To Make At Home Insect/Bug Repellent!

Friday, January 23, 2009

Petua Hilangkan Bau Dalam Peti Ais

Petua Hilangkan Bau Dalam Peti Ais

Sekiranya peti ais anda berbau busuk dan bau yang tidak menyenangkan, arang yang diletakkan dalam peti air mampu menghilangkannya. Dapatkan arang, tidak perlu banyak. Letakkan dalam mana-mana ruang peti air anda.

Sekarang terdapat arang untuk digunakan dalam peti ais dibuat daripada arang buluh. Ia mampu menghilangkan bau peti ais dan bertahan sehingga 6 bulan.

Monday, June 16, 2008

Jimatkan Penggunaan Minyak

Jimatkan Penggunaan Minyak

Harga minyak sentiasa naik. Malah dalam keadaan sekarang harga minyak tidak mudah untuk diturunkan harga.

Kereta, motor dan kenderaan lain kini merupakan satu keperluan. Perbelanjaan minyak merupakan sebahagian besar dalam belanja harian. Bila harga minyak naik ia akan membebankan pengguna kerana barang-barang keperluan turut naik. Kos pengangkutan barang-barang turut bergantung kepada harga minyak.

Berikut merupakan petua atau nasihat mengenai penjimatan minyak. Sama ada berkesan atau tidak adalah bergantung pada individu. Cara yang terbaik adalah memasang tangki gas NGV dalam kereta anda.

Lanjutan di Internet
http://www.noorjannah.com/2008/06/jimatkan-penggunaan-minyak.html

Wednesday, April 16, 2008

Petua Melembutkan Daging

Untuk melembutkan daging dengan cepat, petua berikut amat berguna. Caranya ialah rebuskan daging yang siap dicuci dengan satu sudu serbuk soda bikarbonat. Setelah daging lembut bolehlah dicuci dengan air bersih sebelum dimasak mengikut menu kegemaran. Selain itu juga, anda juga boleh merebus daging bersama daun nangka jika tiada soda bikarbonat.

Minum Susu Panas Bantu Tidur Lena

Kalau anda mempunyai masalah untuk tidur malam, minumlah segelas susu panas sebelum masuk tidur. Susu panas mendorong kita untuk tidur dengan lebih nyenyak. Ini berlaku kerana kalsium yang terkandung di dalam susu membantu kita merasa lebih tenang dan relaks. Susu juga kaya dengan 'trytophan' yang mana ia berfungsi untuk mengubahnya kepada serotonin. Serotonin ialah hormon semulajadi di dalam tubuh yang mendorong rasa mengantuk. Jika anda sukar tidur, elakkan juga makan makanan berat di tengah malam. Makanan berat akan merangsang pencernaan dan ini menyukarkan anda untuk tidur lena. Pencernaan juga boleh meningkatkan suhu tubuh dan membuat tubuh serta otak bekerja.


Sunday, April 13, 2008

Petua Memasak Bubur Kacang Lagi Sedap

Bubur kacang sama ada kacang merah atau kacang hijau memang merupakan pencuci mulut yang menjadi kegemaran semua. Ia enak dimakan sama ada sejuk atau pun panas.

Untuk mendapatkan bubur kacang yang lebih enak, sebelum merebus kacang, elok digoreng tanpa minyak terlebih dahulu. Goreng sehingga agak garing sedikit dan berbau wangi. Matikan api. Selepas itu rendam dalam air lebih kurang 2 jam supaya ia cepat kembang dan lebih cepat masak nanti. Insya-Allah anda akan dapat bubur kacang yang lebih enak kerana bangkit bau wanginya, apatah lagi di tambah dengan durian sebagai perisa tambahan.